Thursday, August 26, 2010

Barrier yg x terlerai...

kehidupan aku sebagai pelajar memang menyakitkan..selalu di bawah berbanding di atas..saat jadi pelajar pandai memang syok..mana tak nye,jadi perhatian orang..orang akan tanya aku soalan yang diorang tak dapat jawab..walaupun kadang-kadang menyerabutkan,tetapi bagi aku mengajar orang ni sesuatu yang nikmat..yang pertama sebab kita akan faham lagi topik soalan tu..nikmat yang kedua adalah bila orang tu faham apa yang kita ajar...ALLAHUAKBAR...memang tak terkira r nikmatnya..

namun untuk mendapat dua2 nikmat2,aku kena pecahkan 2 barrier..selagi tak pecah barrier2 2,selagi 2 la aku xkan dapat dua2 nikmat 2..masa F5,aku berjaya pecahkan dua2 barrier 2..tapi habis SPM,barrier 2 cantum semula..mungkin sebab dah abis belajar kan..

yang 2 cerita zaman F5..cerita zaman asasi ni len lak..aduuh!!!kena pecahkan balik 2 barrier 2..masalahnya sekarang ni,aku xtau camna nak pecahkan lagi..sebab time F5 dulu aku buat semua cara nak pecahkan..cam tumpu dalam kelas,stay up....jadi aku x nampak sekarang ni nak kena buat camne nak pecahkan..lagipun sekarang ni aku rasa aku dah try sume cara masa F5..and most of them not really help me..

tapi baru-baru ni aku dah pecahkan 1 barrier...iaitu dengan solat dhuha...sangat2 membantu dalam menambahkan keyakinan aku dalam belajar..aku namakan barrier 2 barrier keyakinan..tapi barrier yang kedua ni masalah sikit..aku dah xtau nak buat camna dah nak kasi pecah barrier 2..aku namakan barrier 2 barrier ilham..selagi x pecah barrier ni,selagi 2 aku memang susah nak jawab exam...

YA ALLAH TUHAN YANG MAHA MENOLONG DAN MAHA PEMBERI PETUNJUK

AKU MEMOHON KEPADAMU PETUNJUK KE ARAH KEJAYAAN..BANTULAH AKU MENCAPAI CITA-CITA KU..BANTULAH AKU MENGHADAPI SEGALA RINTANGAN YANG ENGKAU SEDIAKAN UNTUK KU..KEPADA ENGKAULAH TEMPAT AKU MEMOHON PERTOLONGAN DAN KEPADA ENGKAULAH TEMPAT AKU MEMOHON PETUNJUK..AMIIN

Tuesday, August 24, 2010

Facebook

Ustaz, do you have any networking account?” tanya Saeb kepada saya.
You mean, like Friendster and Myspace?” saya meminta kepastian.
Yes. But in the States we don’t use Friendster. We’re more into Facebook,” jelas Saeb kepada saya.
Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.
Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there’s no one there,” saya memberitahu.
Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But anyway you’ll find us there. I’m trying to bring Dad into Facebook, too!” gurau beliau.

PENYERTAAN AWAL KE FACEBOOK
Saya mendaftarkan akaun Facebook pada awal 2007 tetapi hanya mengaktifkan penggunaannya semula kira-kira enam bulan selepas itu bagi menguruskan jaringan sosial antara kami, AJK IYEP dengan peserta yang datang dari seluruh dunia.
Ketika itu, amat kecil bilangan pengguna Malaysia yang berada di dalam jaringan Facebook. Namun, saya berasa selesa menggunakannya berbanding dengan Friendster kerana suasana di dalam Facebook lebih teratur, kemas dan ‘tidak kebudak-budakan’. Di kala itu, memang sudah menjadi buah mulut orang menganggap pembabitan anak muda di dalam Friendster di negara kita amat mengundang mudarat. Perkongsian gambar-gambar tidak senonoh hingga membabitkan beberapa artis ketika itu, menyebabkan saya langsung tidak terfikir untuk mempertimbangkan soal menyertai Friendster, biar pun untuk tujuan dakwah khususnya pada mendekati golongan remaja.
Berbeza dengan Facebook, rakan-rakan yang lebih ‘sekepala’ dan ‘seusia’ bertambah dari semasa ke semasa melalui Facebook dan ia sangat berkesan dalam usaha ‘menjejak kasih’ teman-teman lama dari seluruh dunia.
Keadaan ini sedikit demi sedikit berubah apabila semakin ramai pengguna internet Malaysia menyertai Facebook.
Saya tidak pasti apakah yang patut ditunding kesalahan. Apakah kerana kelompok yang membanjiri Facebook kebelakangan ini adalah remaja bermentaliti kebudak-budakan, atau mereka bekas pengguna Friendster, atau mereka mewakili suatu ngomelan tentang budaya kurang sihat di Malaysia yang disebut sebagai ‘First Class Facility with the Third Class Mentality’. Facebook mula comot dengan pelbagai aplikasi seperti kuiz, permainan dan pelbagai fungsi yang menghilangkan hemah Facebook selama ini.
Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila kita memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringan kita. Apabila beberapa ratus daripada 5000 itu menyebarkan sampah sarap, ia sudah cukup untuk merosakkan fungsi asal Facebook yang menjadi asas tujuan kita memilih jaringan sosial ini.
BOLEH MENJADI HARAM
Keasyikan pengguna-pengguna Facebook melayan kuiz dan permainan, di samping sembang bual yang pada masa ini jumlah warga jaringan Malaysia mencecah lebih 800,000 orang, boleh menghasilkan suatu ketagihan seperti apa yang pernah menimpa pengguna perkhidmatan chatting MiRC suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, dengan kemudahan akses Facebook melalui telefon bimbit, tahap ketagihan itu bisa jadi melampau dan merosakkan.
Dalam keadaan seperti ini, keharusan menggunakan Facebook boleh bertukar menjadi HARAM ke atas individu yang menyalahgunakan Facebook hingga berlaku kelalaian di tahap yang ekstrim.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
23_1-3“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]
Apa yang menjadi larangan bukanlah Facebook sebagai medium. Tetapi larangan itu terkena ke atas individu yang gagal mengawal dirinya hingga sesuatu yang asalnya begitu bermanfaat berubah menjadi mudarat akibat lemah daya mengawal dan membuat pilihan.
Dalam masa yang sama juga beberapa konsep akhlaq perlu diberikan penjelasan dalam konteks etika melayari internet serta menggunakan aplikasi yang kedapatan, termasuk email dan Facebook.
EMAIL
Saya tidak menyiarkan alamat email di tempat terbuka.
Antara tujuannya ialah untuk melindungi akaun email saya daripada kebanjiran email spam. Justeru untuk kemudahan perhubungan, saya sediakan borang email dan semua mesej yang dihantar di situ akan masuk terus ke akaun Gmail saya.
Akan tetapi, apabila mesej yang dikirim, saya balas dengan memberikan jawapan yang diminta, penerima email itu telah memasukkan email saya ke senarai email yang bakal menerima artikel-artikel yang beliau hantar dalam jumlah yang sangat mengganggu. Entah mengapa, ada sesetengah kita memiliki tabiat  mengajukan rantaian-rantaian artikel melalui email dalam bentuk yang tidak terkawal. Tentu sahaja mengambil satu artikel lalu dikongsikan bersama rakan-rakan lain agar tersebar manfaat, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Tetapi tatkala menerima satu email, dan kemudian terus menekan butang REPLY atau REPLY TO ALL dengan email yang sudah lima lapis diperlakukan sedemikian rupa, ia menampakkan bahawa email itu dihantar lebih kepada tabiat suka mengajukan email (Email Forwarding) berbanding menghantarnya dalam keadaan sedar akan apakah tujuan ia dilakukan.
Ada yang menyebarkan secara BULK hingga 20 email sehari.
Bagaimanakah anda menguruskan akaun email apabila seorang yang tidak anda kenali, menghantar 20 forwarded email sehari (sebahagiannya adalah artikel anda sendiri yang diajukan kembali kepada anda)?
Kaedah mudahnya ialah tandakan sahaja email itu dan penghantarnya sebagai SPAM.
Tetapi atas dasar menghargai sesama Mukmin yang berutusan email dengan maksud kebaikan, saya menghantar email peribadi kepada si pelaku ini memohon jasa baiknya agar email saya dikeluarkan daripada senarai penerima forwarded article beliau.
Permintaan saya itu telah menyebabkan beliau melenting. Saya ditegur kerana ‘tidak menghargai kebaikan’, ‘sudah terlalu baik hingga tidak perlu ditegur oleh artikel-artikel yang baik’ dan macam-macam lagi. Saya cuba untuk terangkan kepada beliau bahawa sebahagian daripada artikel yang beliau hantar kepada saya adalah artikel tulisan saya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak meneliti apa yang dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Semuanya dilakukan sebagai tabiat bahawa selepas email dibaca, terus ditekan butang Forward untuk membina rantaian email yang menyemakkan.
Dek tindak balas beliau yang agresif, saya mengambil langkah drastik membuat tapisan (filter) bahawa semua email daripadanya, terus dipadam dan dimasukkan ke tong sampah (bin).
Sehingga kini ada lebih 20 filter yang berada di dalam email saya untuk menangkis kelakuan sebegini.
TAGGING DI DALAM FACEBOOK
Fungsi tagging di dalam Facebook mempunyai manfaat yang banyak.
Disebabkan oleh adanya fungsi ini, saya sudah kurang menggunakan kamera sendiri untuk mengambil foto program yang saya hadiri atau kendali. Lazimnya jurukamera atau peserta yang bergambar akan memuatnaikkan fotonya dan tatkala saya ditanda dengan tagging, maka  foto itu secara otomatik masuk ke koleksi foto saya.
Namun, terdapat sejumlah pengguna Facebook yang menggunakan fungsi tagging ini sebahagian daripada apa yang dilakukannya di dalam kuiz dan permainan. Mungkin hal ini lebih menjadi masalah apabila ia berlaku kepada pengguna Facebook yang memiliki 5000 orang ‘rakan’ di dalam senarai jaringannya.
Kemunculan aplikasi seperti PICKUPFRIENDS telah mengundang lambakan ratusan tagging berserta mesej balasan yang mengganggu ketenteraman penerimanya.
Tabiat-tabiat seperti ini tidak seharusnya berlaku. Ia menggambarkan betapa kita tidak menghargai ruang persahabatan yang wujud lantas mengisinya dengan benda-benda yang disangka lucu tetapi hakikatnya menyakiti orang lain. Cukuplah pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
hadith-salimalmuslimun
“Daripada Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Seorang Muslim itu ialah seorang yang kaum Muslimin lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya. Seorang muhajir pula ada orang yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah kepadanya” [muttafaq 'alayh]
FACEBOOK DAN YAHUDI
Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.
Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif.  Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.
Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.
Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:
“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”
Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.
ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI
Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:
“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]
Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.
Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:
“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]
Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.
Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza
Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.
Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.
Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.
Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.
Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.
Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.
PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN
Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasi third party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.
Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.
Tepuk dada, tanyalah Iman!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

P/S-blog ini diambil dari laman web saifulislam.com...di copy paste untuk perkongsian bersama..wallahualam

Monday, August 23, 2010

Penyesalan di Bulan Ramadan

kalau time kecik2 dulu,bulan puasa memang bulan yang aku tak suka..mana tak nye,kena tahan lapar dari pagi sampai ke malam..nak tunggu waktu berbuka 2,memang azab r..aku ingat lagi, masa darjah 1 ngn darjah 2, ada certain2 hari time puasa 2 aku tipu parents aku..cakap kat diorang puasa penuh satu hari, padahal ada gak aku cilok2 curi makan..minum susu cair 2..haha..memang lawak r bila fikir2 balik kan..

then,masuk sekolah menengah, pemikiran dah makin matang,so penerimaan aku terhadap bulan puasa ni pun lain jugak la..masa F1,aku treat bulan puasa ni sebagai bulan untuk kuruskan perut..erti kata lain, nak kasi badan ni nampak fit..haha..nampak sangat tak ikhlas nak puasa..tapi, puasa tahun 2 jugak la menyaksikan aku berjaya mendidik diri aku rajin sembahyang sunat..Alhamdulillah,sampai sekarang berkesan..

naik F4@F5,penerimaan aku berubah lagi..Ramadan diertikan bulan untuk tambah amal ibadat..hemm,masa ni la masa yang sesuai untuk hapuskan dosa kan..maklum la,doa makbul..sembahyang sunat banyak, ngaji pun banyak.. tapi puasa masa F5 paling bermakna sekali dalam hidup aku.. sebabnya puasa tahun 2 la yang mendidik aku untuk setiap hari buat qiamullail..x tinggal walau 1 hari pun..mugkin sebab tahun 2 SPM,bertambah lagi la semangat aku untuk beribadat kan..

tahun 2009 menyaksikan Ramadan yang paling teruk pernah aku hadapi sepanjang akil baligh ni..aku merasakan bulan puasa ni membebankan,menyeksakan..setiap hari aku fikir,bila la nak raya ni..qiamullail dengan terawih aku wat ikhlas x ikhlas je..walaupun dua ibadat ni hanya sekadar ibadat sunat, tapi ia ibadat yang bermakna kalau dibuat masa bulan puasa..dan aku x manfaatkan sepenuhnya Ramadan 2009..still regret actually

tahun 2010, aku tekad untuk tidak mengulangi apa yang aku pernah buat tahun lepas..azam hati sebelum puasa dulu, nak manfaatkan sepenuhnya keberkatan Ramadan..tapi bila Ramadan menjelma, ckit je improvement..terawih tinggal 2 kali, terawih kat bilik dah 2 kali, qiamullail buat tahajud je,2pn malas2 je buat..baca quran lak,dah x macam kat sekolah dulu..walaupun x faham,tapi hayati tarannum 2..sekarang,x faham,xhayati lak 2..ape nak jadi la dengan aku ni..bulan puasa je la bulan yang sepatutnya kita umat manusia beribadat bersungguh2..sebab bulan puasa kan xde syaitan..so,sepatutnya kita lagi senang nak beribadat..tapi kalau still x berubah,sma saja cam bulan-bulan lain,menunjukkan yang memang kita la yang teruk..nauzubillah..

bila muhasabah balik, aku sedar yang semangat Ramadan aku dah x sama dah macam dulu..kalau dulu,semangat membuak-buak nak beribadat time puasa..tapi sekarang x lagi..KO KENA BERUBAH NADZMI..dah nak abis puasa dah ni..rugi la kalau x manfaatkan sepenuhnya..

YA ALLAH,AKU MEMOHON KEKUATAN DARI MU..JADIKANLAH PUASA KU KALI INI LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS..KUATKANLAH SEMANGAT KU UNTUK BERIBADAT LEBIH BANYAK KEPADAMU DAN JADIKANLAH RAMADAN INI SEBAGAI PENGUBAH AKHLAK KU KE ARAH YANG LEBIH BAIK..

YA ALLAH,UNTUK BAKI2 HARI RAMADAN YANG TINGGAL INI, KAU BANTULAH AKU UNTUK MENAMBAHKAN LAGI AMAL BAIK KU..

AMIINN....

Sunday, August 22, 2010

Copy and Paste

        copy and paste adalah satu benda yang biasa dalam hidup seorang pelajar..sesetengah orang suka buat benda tu and they have their own reasons..bagi aku,ada 3 kategori copy and paste..
1)sesetengah orang dia copy and paste kerja orang lain sebab dia xtau nak buat macam mana..
2)sesetengah yang lain copy and paste keje orang lain sebab dia x sempat nak buat..
3)copy and paste kerja orang lain sebab dia malas nak buat..

      and honestly,i hate people with no. 3 criteria..diorang x buat bukan sebab diorang xtau,tapi sebab diorang malas..'Arggh,malas r nak buat..tiru dia je la'..come on la,macam la semua orang rajin sangat..tapi at least,kita usaha dulu.cari maklumat sana,cari maklumat sini,x dapat jawapan jgk,discuss dengan member..thats better dari tiru orang lain yang usaha penat2,senang2 je copy paste..lain kes kalau x sempat buat..'wei,nak tiru jap..aku x sempat buat r..banyak hal la baru-baru ni'..yang ni better lagi dari yang no. 3..tapi kalau criteria orang no. 2 ni selalu occur,xde beza la dia dengan orang no. 3..

    anyway,sebenarnya apa yang kita buat dalam hidup kita bergantung kepada setakat mana kemahuan kita dalam buat kerja.kalau orang 2 betul2 nak buat,event copy paste ni memang x akan ada..kalau xtau,tanya@discuss dengan member..and kalau kita buat kerja atas usaha kita sendiri,perasaan puas 2 memang x terkata berbanding usaha copy and paste..wallahualam..

Best Friends

            'sunyi adalah sesuatu yang ditakuti manusia'..quote ni memang familiar dalam hidup aku..reason nya ialah aku seorang lonely ranger..sunyi memang menyakitkan,lebih2 lagi bila tengok orang len bergembira dengan kawan masing2..terus terang,aku memang jeles dengan mereka2 yang banyak kawan..and setiap hari aku iltizam untuk mencari seorang kawan yang betul2 bagus untuk aku..dengan kata len,BEST FRIENDS..

          tetapi masalahnya,bukan senang nak cari seseorang yang boleh buat kawan baik..1st,sebab perangai manusia ni x sume sama..2nd,bukan senang nak penuhi permintaan kawan..kalau kita mampu sekalipun,agak susah untuk membalas semula..and baru-baru ni  aku tertanya-tanya..wujud ke best friends kat dunia ni??sebab sepanjang hidup aku,tak pernah lagi aku dapat seseorang yang betol-betol serasi dengan aku..walaupun ada seorang hamba Allah ni kami pernah declare untuk berkawan baik sampai bila-bila..tapi wujud satu masalah bagi aku..sebabnya hamba Allah ni seorang perempuan..then,macam magnet,bila lain2 kutub bertemu,akan ada tarikan..sama juga la dengan aku..

         aku tertarik dengan dia sebab kami banyak persamaan..banyak benda yang aku suka,dia pun suka..payah untuk aku anggap sebagai BEST FRIENDS bila dah ada perasaan begini..bermula dari 1st time aku kenal sampai la dua bulan lalu,memang tak henti-henti teringat..yela kan,dah nama pun suka,memang la teringat-ingat..tapi bila aku dapat tau yang dia xle terima aku lebih dari 2,aku kecewa..'aku yang direject'...haha..status ni pernah aku tulis kat ym aku dulu yang menjadi 1 persoalan buat kawan-kawan aku nak tau..bagi aku,biar la aku sorang je yang tau pasal status 2..tapi aku dah x kisah sangat..nak tau sebab ape,sebab aku dah biasa kena camni..haha

     hemm,yang 2 pengalaman aku mencari BEST FRIENDS dalam kalangan perempuan..dalam kalangan lelaki lak,xtau nak cakap la berapa ramai lelaki yang aku ingat aku boleh anggap BEST FRIENDS..tapi semuanya tak boleh masuk dengan aku..sebabnya adalah aku ni cerewet sangat..kitorang kawan sekejap je,pastu mungkin sebab member aku ni x tahan dengan perangai aku,diorang jauhkan diri dari aku..salah aku jugak kan..sape suruh cerewet sangat..sekali lagi aku kesunyian..sob3..

     tapi sebenarnya kan kita x sedar yang ALLAH 2 senantiasa jadi kawan baik kita..Dia x pernah jauh walaupun kita selalu tinggalkan Dia..benda 2 la yang aku selalu leka..aku terlampau mencari kawan baik sampaikan aku lupa yang aku ada seorang kawan baik yang selalu jadi good listener untuk aku..aku terlampau mencari kawan baik sampai aku selalu abaikan kawan baik ini..Ya Allah,ampunkanlah kelemahan aku ini..janganlah Engkau tinggalkan aku keseorangan..amiin

    kesimpulannya,walau banyak mana sekalipun kawan kita,nak jumpa SEORANG BEST FRIENDS 2 bukannya senang..and bagi aku,ianya adalah sesuatu yang mustahil..hanya seorang saja yang mampu jadi kawan baik kita..ALLAH SWT..wallahualam

(p/s-cm x bes je blog yang ni..mungkin sebab 1st blog kot..xtau nak tulis ape..hehe)