Friday, April 22, 2011

Cara Hidup Sihat Rasulullah SAW (Petua sepanjang zaman..)

1. Bangun Subuh.
Rasulullah SAW selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum Subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat Subuh berjamaah.

Perkara ini memberi banyak hikmah antaranya ialah :
* Berlimpah pahala dari Allah.
* Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk kesihatan misalnya untuk terapi penyakit TB.
* Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan jiwa.
Dengan bangun pagi, fikiran dan perasaan juga biasanya lebih segar dan rileks. Bangun Subuh juga dapat mencegah stroke dan tekanan darah tinggi yang umumnya kerap terjadi pada waktu itu kerana sempit pembuluh darah. Di luar itu sebenarnya terkait asupan awal yang di terima tubuh, iaitu udara segar.
Waktu Subuh adalah sangat baik kerana kaya oksigen dan relatifnya masih bersih tak dikotori unsur lain seperti asap kenderaan dan perindustrian. Udara yang baik tentu saja berguna untuk metabolisme tubuh dalam beraktiviti untuk sepanjang hari.

2. Minum Air Putih dan Madu
Nabi biasanya bersarapan dengan air putih dan sesudu madu. Dua unsur ini sangat luar biasa manfaatnya. Madu terkena; sebagai penyembuh dan air putih kaya akan mineral yang memenuhi keperluan tubuh akan cairan dan sebagai pencuci hati. Madu juga terkenal sebagai unsur yang dapat membersihkan usus dan mencegah radang.

3. Mencampur Minyak Zaitun
Semasa tengahari ke petang, Nabi juga biasa mencampurkan cuka, minyak zaitun dan roti. Kombinasi makanan ini ternyata dapat menguatkan tulang, mencegah penyakit angin ahmar serta menghancurkan kolesterol jahat dalam tubuh. pada musim dingin, makananan ini sangat baik menjaga kestabilan suhu tubuh.

4.AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN.
Rasulullah SAW sentiasa rapi & bersih, setiap hari khamis atau Jumaát beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

5.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN.
Sabda Rasulullah SAW: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pembelajaran khusus bagi umat Islam dengan adanya Puasa di bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

6. GEMAR BERJALAN KAKI.
Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, paru-paru terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

7. TIDAK PEMARAH.
Nasihat Rasulullah SAWullah: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:

* Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
* Membaca Ta ‘awwudz (A’udzubillahimina asy-syaithonirrojim), kerana marah itu dari Syaitan.
* Segeralah berwudhuk.
* solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan Hati.

8. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA.
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

9. TAK PERNAH IRI HATI.
Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental maka menjauhkan sikap iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Kecuali untuk iri kepada 2 perkara:

* Iri kepada orang yang memiliki harta yang melimpah tapi tidak lokek untuk menafkahkan hartanya dijalan kebaikan.
* Iri kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tapi tidak kedekut untuk mengajarkannya kepada orang lain siapa pun tanpa pilih kasih.

10. Makan Sayur di Malam Hari
Memakan sayuran di malam hari juga di lakukan Rasulullah SAW. Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah SAW selalu memakan al makki dan sanut (jenis sayuran).
Rasulullah SAW biasanya tidak langsung tidur setelah makan malam, melainkan beraktiviti terlebih dulu supaya makanan yang di makan masuk perut dengan cepat dan baik sehingga mudah di cerna, caranya juga boleh dengan solat sunat.

Sabda Rasullulah SAW :
Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah swt dan solat, serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)
Rasulullah SAW sering menyempatkan diri untuk berolahraga. Terkadang baginda berolahraga sambil bermain dengan anak anak dan cucu cucunya. Pernah juga Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri tercintanya Aisyah r.a.
Rasulullah SAW tidak menganjurkan umatnya untuk berjaga malam. Biasanya baginda tidur lebih awal supaya boleh bangun lebih pagi. Istirahat yang cukup diperlukan oleh tubuh kerana tidur termasuk hak tubuh. Terbukti apa yang dilakukan Nabi sangat baik kerana sesuai sesuai dengan ilmu biologi tubuh badan.Jadi kan tidak ada salahnya kita cuba mempraktikkan.
Semoga beberapa tips kesihatan ala Rasulullah SAWullah di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk hidup sihat.

Thursday, April 21, 2011

I WILL PROVE TO U THAT U ARE WRONG!!!

"kawan-kawan awak pergi oversea..kenapa awak kat sini??"

hati mana yang tak panas bila diajukan soalan yang macam ni..lagi2 kalau ianya dari cikgu sendiri yang hanya memandang status dan sering memperkecilkan orang lain..dan aku selalu menjadi mangsa yang diperkecilkan..aku hanya tersenyum masa diajukan soalan 2 walaupun dalam hati ni meluap-luap marahnya..rasa macam nak marah je..

"dah xde rezeki,nak buat macam mana"..hati aku berbisik..Tuhan je yang tau bagaimana hati aku masa 2..well,bukan aku xnak pergi oversea and bukan aku xnak belajar di tempat yang bagus2..cam UTP..aku dah usaha macam2..tapi dah xde rezeki..x tercatit dalam rezeki yang aku buat degree kat oversea..so what??kenapa tanya aku soklan bodoh 2??..memang sangat2 panas rasa hati ni..

kepada beliau(x perlu nak tulis nama kat cni),aku akan buktikan yang satu hari nanti hidup aku akan lebih berjaya dari orang2 yang pergi oversea neh..ingat orang yang belajar dalam negara xle cemerlang ke??ingat kalo belajar oversea 2 konfem cemerlang bila dalam negara??orang yang belajar dalam negara pun boleh cemerlang la..

soalan dia 2 memang membakar semangat aku..and it like a challenge to me to prove that she's wrong..and i am expert to prove people wrong..and mark this word..from the deep of my heart


ONE DAY I WILL PROVE TO U THAT I CAN BE BETTER THAN THEM..I PROMISE!!!

Tuesday, April 19, 2011

usah leka jaga iman

           APABILA iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada.
Rasulullah sendiri sering berdoa: “Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”. Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.

           Doa baginda: “Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu”. Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: “Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran”.
Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?
Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.
Kali ini penulis ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:
  1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
  2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
  3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
  4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
  5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
  6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
  7. Berat dalam mengingat Allah.
  8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari’ah.
  9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
  10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
  11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
  12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
  13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
  14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
  15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
  16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
  17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
  18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
  19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
  20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.
Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:
  1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
  2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
  3. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
  4. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
  5. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
  6. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
  7. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
  8. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
  9. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
  10. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
  11. Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
  12. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
  13. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.

p/s:dipetik dari  http://feryco.com/usah-leka-jaga-iman