Monday, December 24, 2012

Group Binding Rx10

petang tadi aku mencadangkan untuk batch aku buat satu program family day kt twitter..tapi aku xnk famili day yg sekadar bbq..aku nak famili day yang ada modul dalam tu..group binding sbbnya kita claim kita mcm famili..to be honest,i dont see where family is..adakah sekadar makan bersama,study sama2...bt program kuliyyah sama2..mksudnya kita cuma senang bersama2..famili not just that..famili is everything..sharing everything,from the bad one to the good one..share problem that not just ours,but also our family.. but then as i expected,it didn't go well with my colleagues..i have expect that

aku bagi contoh "pernah x korg tau ada dlm kalangan batch kita ada yg parents dy bercerai..tp dy wat cm x berlaku pape kat kita"...dan ternyata ada yang sgt x suka ngn statement ni..ya aku tau statement ni personal..very2 personal..but don't just look at this statement..look at bigger context..famili ke kita bila hal member sendiri pun xtau? sejauh mana famili kita kalau perkara yang personal pun member kita xnk share?

aku cuba contribute kat batch apa yang aku belajar dari persatuan..tapi ternyata ianya bagai melepaskan batuk di tangga..

Tuesday, July 31, 2012

itu je ke yang mampu kita buat?

baru2 ni timbul isu dlm olimpik mengenai atlit arab saudi yg tidak dibenarkan bertudung jika ingin bertanding dlm judo.
alasannya tiada unsur politik dan keagamaan dlm bersukan..lgpun judo sukan yg lasak..risau akan keselamatan. 
maka seluruh umat islam dunia mengecam tindakan majlis olimpik dunia kerana menghalang penyertaan beliau.. 
lets think out of the box.."ITU JE KE YG MAMPU KITA BUAT??" 
mengomen,mengutuk,mengatakan itu dan ini..kami umat islam seharusnya begini dan begini..begitu dan begitu 
but then do they heard it??do they do something with our comment??if we are lucky then they reconsider it.. but obviously its hard.. 
that is why we as a muslim must conquer the world..i mean not by force..but by LEADERSHIP..
we,as a muslim must take the leadership so that we can implement the culture of islam..
we,as a muslim must take the leadership so that all religions will understand our religion better and not call us terrorist
we,as a muslim must take the leadership so that muslim people can do the obligation in islam without restriction 
supaya issue yg berbangkit berkenaan hijab semasa olimpik tidak terjadi..
supaya kita tidak terhalang utk melakukan kewajipan semasa bersukan..
tertarik dgn usaha putera ali dari jordan..salah seorang ahli jawatankuasa FIFA
usaha supaya kaum wanita islam tidak dihalang utk pakai tudung @ hijab semasa bersukan..
alasan fifa tiada unsur politik dan keagamaan dlm bersukan..risau akan keselamatan
tetapi usaha bersungguh2 beliau telah membolehkan peraturan ditukar dan wanita dibenarkan berhijab semasa bermain bola sepak
well,this is a good example why we need muslim leader to conquer the world..
sekian saja renungan bersama :) 

Monday, August 1, 2011

puasa dan rokok

hari ni bermula la bulan puasa dan hari ni juga bermula la experience pertama aku bekerja dalam bulan puasa..seperti yang aku kata sebelum ni,aku bekerja di kedai topup yang bukan setakat menjual topup,tetapi juga rokok..seperti yang diketahui umum,bulan puasa tidak dibenarkan untuk merokok..namun begitu,still ada muslimin yang ingin membeli rokok di sini..bagi aku,ianya amat menyedihkan kerana mereka seperti tidak  mengerti akan makna berpuasa..mujur,bos aku tidak bagi jual rokok sehingga pukul 4..cuma,aku kalau boleh,biarla jual time malam..nak buat camne kan,dia bos..ikut je la..namun,diharapkan dengan datangnya bulan puasa ni,semua perokok2 sekalian dapat menghilangkan ketagihan merokok anda ea....

anyway,selamat berpuasa semua..

Tuesday, June 28, 2011

Doa

1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

6) Doa ketika menerima kertas soalan :
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Wednesday, June 22, 2011

feels like being rejected

rejected??awek pun xde..nk kena reject apa nya..well,actually aku frust sebab x dapat tengok liverpool datang bulan 7 ni..something yang aku idamkan sekian lama..tapi sebab lambat sangat buat decision untuk pergi tengok ke x,di saat aku buat decision nak pergi,tiket pun habis..thats really frustrating..member2 gelakkan aku sebab bola pun nak frust..let me tell you something...everyone has their own passion and my passion is football..everyone will frust if they dont get their passion and so do me..if you feel it is annoying to frust because of football,JUST GET OFF!!!..xyah nak perli2..huh!!!

Tuesday, June 14, 2011

kena tegur..

part and parcel of job is kena tegur...x semua orang dapat terima bila kena tegur..ada yang x dapat terima sebab ego,ada yang x dapat terima sebab dia x buat pun apa yang diperkatakan..hemm,thats depends on the way of thinking...

well,apa yang aku nak cerita adalah dalam 2 hari ni aku kena tegur dari workmate aku..semalam,aku ditegur sebab cuai yang menyebabkan kiraan untung terjejas..hari ni,aku kena tegur sebab banyak sangat buat overtime..hemm,nak cakap sakit hati 2,memang x dpat dinafikan la memang sakit hati...kena tegur pasal cuai 2,aku boleh terima sebab yang 2 memang salah aku..tapi pasal overtime ni,agak panas jugak la sebab kadang2 aku overtime sebab terpaksa..sebabnya nak tunggu partner masuk kerja,baru le balik..tapi ada jugak aku overtime sebab saja2..hehe..nk dapat gaji lebih la katakan...so,dalam sakit hati 2,kena terima jugak la..walaupun rasa nak lawan balik masa kena tegur 2,aku tetap cuba terima ngn hati terbuka..sebab orang xkan tegur kalo salah kan?

apa yang aku nak highlight kat sini adalah apabila ditegur,cuba terima dengan hati terbuka..sepanas mana pun hati,cuba terima dulu apa saja kritikan 2..x semua orang boleh terima kritikan especially orang tua..sebab lagi tua,lagi ego..lastly,bila ditegur,terima kritikan 2 seadanya and take that as a start to improve your life..sekian

Tuesday, May 24, 2011

ADAKAH ISLAM ITU DISEBARKAN MELALUI MATA PEDANG?

ADAKAH ISLAM ITU DISEBARKAN MELALUI MATA PEDANG?


JAWAPAN:

...Bagaimana Islam yang dikatakan agama sejahtera sedangkan sesetengah golongan atau individu menganggap Islam itu disebarkan melalui mata pedang?

Adalah suatu rungutan biasa di kalangan beberapa orang bukan islam bahawa Islam tidak akan mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia, sekiranya penyebarannya tidak dilakukan dengan kekerasan. Fakta berikut akan menjelaskan bahawa jauh sekali daripada menggunakan mata pedang untuk menyebarkan Islam; kewujudan kebenaran, sebab yang munasabah dan logik adalah yang bertanggungjawab terhadap penyebaran pesat Islam.


ISLAM ITU BERERTI KESEJAHTERAAN

Islam berasal dari kata akar ‘salam’ bermakna sejahtera. Ia juga bermaksud menyerahkan kehendak diri kepada Allah SWT. Oleh itu, Islam adalah agama kesejahteraan, diperolehi dengan menyerahkan kehendak diri kepada kehendak Yang Maha Pencipta, Allah SWT.


TUJUAN KEKERASAN

Kadang-kala kekerasan perlu untuk memelihara kesejahteraan. Bukan setiap dan semua manusia di dunia ini menyokong pemeliharaan kesejahteraan dan keharmonian. Terdapat ramai yang menganggu kesejahteraan untuk kepentingan diri sendiri. Hanya kerana sebab ini, kita mempunyai polis yang menggunakan kekerasan terhadap penjenayah dan unsur antisosial untuk mempertahankan kesejahteraan negara. Pada masa yang sama, Islam menggesa pengikutnya melawan sekiranya terdapat penindasan. Perjuangan menentang penindasan, kadang-kala, memerlukan kekerasan. Dalam Islam, kekerasan hanya boleh digunakan untuk menggalakkan kesejahteraan dan keadilan.


PANDANGAN SEJARAWAN De Lacy O’Leary

Jawapan terbaik kepada tanggapan salah bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang diberikan oleh sejarawan terkemuka De Lacy O’Leary di dalam buku “Islam at the Cross Roads” (halaman 8) ” Sejarah menunjukkan dengan jelas bahawa legenda umat Islam fanatik yang bergerak serata dunia dan memaksa kaum yang ditawan untuk memeluk Islam dengan cara kekerasan adalah sebenarnya salah satu mitos karut terhebat yang pernah diulangi oleh sejarawan.”


UMAT ISLAM MEMERINTAH SEPANYOL SELAMA 800 TAHUN

Umat Islam di Sepanyol tidak pernah menggunakan mata pedang untuk memaksa sesiapa menukar agama. Hanya kemudian, pejuang-pejuang Salibi Kristian datang ke Sepanyol dan menghapuskan umat Islam. Tiada seorang pun umat Islam di Sepanyol yang dapat melaungkan azan, iaitu seruan untuk solat, secara terbuka.



14 JUTA ORANG ARAB ADALAH KRISTIAN KOPITIK

Orang Islam merupakan pemerintah negara Arab selama 1400 tahun. Orang British memerintah selama beberapa tahun dan orang Perancis juga memerintah beberapa tahun. Secara keseluruhan, orang Islam memerintah Arab selama 1400 tahun. Sunnguhpun demikian, pada hari ini, terdapat 14 juta orang Arab yang merupakan Kristian Koptik iaitu Kristian sejak turun temurun. Jika orang Islam telah menggunakan mata pedang, pasti tiada seorang pun orang Arab yang masih beragama Kristian.


TERDAPAT LEBIH DARIPADA 80% ORANG BUKAN ISLAM DI INDIA

Orang Islam memerintah India lebih kurang seribu tahun. Jika mereka malu, mereka mempunyai kuasa untuk mengislamkan setiap penduduk bukan Islam di India. Pada hari ini, lebih 80% penduduk India adalah bukan Islam. Kesemua penduduk India yang bukan beragama Islam pada hari ini adalah bukti Islam tidak dikembangkan menerusi mata pedang.


INDONESIA DAN MALAYSIA

Indonesia merupakan negara yang mempunyai jumlah umat Islam paling ramai di dunia. Majoriti penduduk Malaysia adalah Islam. Pasukan tentera Islam manakah yang telah ke Indonesia dan Malaysia??


PANTAI TIMUR AFRIKA

Begitu juga Islam tersebar luas di Pantai Timur Afrika. Mungkin ada yang bertanya lagi, sekiranya Islam disebarkan melalui mata pedang, pasukan tentera Islam manakah yang telah ke Pantai Timur Afrika??

Thomas Carlyle

Sejarawan terkemuka Thomas Carlyle, dalam bukunya “Heroes and Hero Worship” merujuk kepada tanggapan salah mengenai Islam. “Sememangnya mata pedang, tetapi di manakah mata pedang itu diperolehi? Setiap pandangan baru, pada permulaanya, secara tepat adalah minoriti yang mana satu. Di dalam pemikiran seorang manusia sahaja. Dan ia kekal di situ. Satu insan sahaja daripada seluruh dunia mempercayai, hanya seorang manusia menentang seluruh manusia. Bahawa dia mengambil mata pedang dan cuba menyebarkannya, tidak banyak yang dapat dilakukan. Kamu mesti mendapatkan mata pedang kamu! Satu kesemuanya, sesuatu itu akan tersebar dengan sendirinya.”


TIADA PAKSAAN DALAM BERAGAMA

Dengan mata pedang manakah Islam disebarkan? Sungguhpun jika orang Islam boleh memilikinya, mereka tidak boleh menggunakanya untuk menyebarkan Islam kerana di dalam Al-Quran disebut ayat berikut:

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sungguhpun telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat…” (Al-Baqarah 2:256)”


PEDANG KEBIJAKSANAAN ATAU KEBENARAN

Ia adalah mata pedang kebijaksanaan. Mata pedang yang menawan hati dan pemikiran manusia. Al-Quran menyebut dalam Surah 16, An-Nahl, ayat 125:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik…”


PERTAMBAHAN AGAMA DI DUNIA DARIPADA 1934 SEHINGGA 1984

Satu rencana di dalam Reader’s Digest ‘Almanac’, buku tahunan 1986, memberikan statistik pertambahan peratusan agama utama di dunia dalam tempoh setengah abad daripada tahun 1934 sehingga 1984. Rencana ini juga disiarkan di dalam majalah ‘The Plain Truth’. Tempat teratas adalah Islam, dengan peningkatan sebanyak 235% dan agama Kristian hanya meningkat kadar 4%. Mungkin ada yang bertanya, perang apakah yang berlaku pada abad ini yang berjaya mengislamkan jutaan manusia?


AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA PALING CEPAT BERKEMBANG DI AMERIKA DAN EROPAH

Pada hari ini, agama yang paling cepat berkembang di Amerika adalah Islam. Agama yang paling cepat berkembang di Eropah adalah Islam. Mata pedang manakah yang memaksa orang-orang barat menerima Islam dalam sejumlah yang sebegitu tinggi?


Dr. Joseph Adam Pearson

Dr Joseph Adam Pearson pernah berkata, “Mereka yang bimbang kuasa nuklear akan jatuh ke tangan orang Arab satu hari nanti, gagal menyedari bahawa “Bomb Islam” telahpun tersebar dan ia berlaku pada hari MUHAMMAD (s.a.w) dilahirkan.

Waallahualam, semoga petikan ini dapat membantu kita dalam berdakwah kepada non-muslim… Insyallah.. Semoga mereka diberi hidayah oleh Allah S.W.T..

Sumber: Buku “20 Soalan Paling Lazim Tentang ISLAM” oleh Dr. Zakir Abdul-Karim Naik